Kitaran hidup haplodiplontik Kitaran_hidup_(biologi)

Meiosis spora

Dalam meiosis spora (juga dikenali sebagai meiosis perantaraan), zigot berpecah secara mitosis untuk menghasilkan diploid multisel "sporofit". Sporofit menghasilkan spora secara meiosis yang juga kemudiannya berpecah secara mitosis untuk menghasilkan individu-individu haploid yang dipanggil "gametofit". Gametofit menghasilkan gamet secara mitosis. Bagi kebanyakan tumbuhan, gametofit bukan sahaja bersaiz kecil, bahkan juga pendek hayat.

Dalam seluruh kitaran, gamet lazimnya merupakan satu-satunya sel haploid; mitosis lazimnya berlaku pada fasa diploid sahaja.

Individu multisel haplodiploid dipanggil haplodiplon, maka meiosis spora juga dipanggil kitaran hidup haplodiplontik. Haplodiplon terdiri daripada: